Friday, April 30, 2010

if you ever let me choose

I prefer to sit by the corner than getting a spotlight in the middle of the dance floor

I prefer to stand in a deserted field than be among the crowd in a concert

I prefer to lay low than jumping high on the trampolin

why?
because too much spotlight will hurt my eyes. Crowded place going to make my head feel dizzy. While jumping will make me fall.


All the fame will fade away but the pain will remain as a scar

fine. kim bum curang!

tak aci gila. aku tak tahu apa-apa pun pasal contest A World Date With Kim Bum. mentang-mentanglah aku duduk hostel tak tengok tv. tiba-tiba je keluar preview pasal 5 orang yang terpilih tu. menambahkan sakit hati, ada sorang dari Malaysia kot. DANG! *saya sangat jealous*

lagi satu. salah satu syarat pertandingan umur kena lebih dari 20 tahun. What the? Diskriminasi betul!

Patutlah hari tu nampak iklan Kim Bum kat KBS World. Tapi takde subtitle. Bajet la aku faham pulak an.

Fine Kim Bum kita putus!!!! hahahaha

Saya masih ada Cole Mohr, Kang Min Hyuk dan Lee Jong Hyun :D


psttt: nak belajar bahasa korea!

Monday, April 26, 2010

addiction

since last saturday aku tak boleh lepas dari bukak Youtube. Demi Youtube aku abaikan Facebook.fuhhh.

Ni semua sebab 'We Got Married'. sumpah. Aku sangat addicted dengan SeoHyun and Yong Hwa. Diorang macam perfect couple. So far dah dua kali aku ulang tengok show tu. Gila tak puas. Sweet tahap tak hengat.

If aku tak tengok rancangan tu pun aku still akan search any video yang berkaitan dengan diorang. Gila gila. And lagi satu, aku jadi tak interested nak tengok 'Your Beautiful' sebab aku tak suka tengok Yong Hwa dengan perempuan lain. nak dia dengan SeoHyun je. Wah. memang sangat over. Addiction kali ni lagi hebat dari penangan 'Boys Over Flower' dulu.



psttt: show ni siar pukul 5 channel MBC setiap Sabtu dekat Korea. Dalam Youtube sehari kemudian baru ada orang upload. Itupun yang takde subtitle. Kalau nasib baik ada la yang upload separuh yang dah bersubtitle. Nak full punya kena tunggu hari Isnin. Gila lagi 7 hari nak kena tunggu.


HARI BIRU!!!

Tadi Barisan Nasional menang dekat Hulu Selangor. Hebat! Saya kanan. Jadi saya suka la kot.
*sebab saya tak cukup umur nak mengundi jadi saya taknak sentuh banyak-banyak.duduk diam sudah*

Lepas tu Chelsea pulak menang besar punya. Tujuh gol. Penyokong Chelsea semua update status Facebook yang bahagia-bahagia. Tapi saya tak rasa apa-apa pon.Emotionless. Geram sedikit la. *Sebab saya Arsenal selamanya*

Barisan Nasional dengan Chelsea ada satu persamaan.
Dua-dua warna rasmi BIRU!

Sunday, April 25, 2010

run out of topic

people tends to avoid themselves from the person that they like in order to remove away those feelings. but trust me, that way is so freaking lame and not effective at all. the more you try to avoid them, the feelings will get even deeper. Plus it will hurts you too.

So just face it. Face the fact that you like him/her. But never let your feeling carried you away. And yeah, one more thing, if you want to erase him from your heart, you must also erase him from your dream. Stop imaganing how your life going to be with him/her by your side. Little by little you will be able to get over your feelings. Determination does help a lot!

We Got Married

I'm enjoying myself to the fullest as I was watching SeoHyun(SNSD) and YongHwa(CNBlue).
OMG! They are so cute together *eventhough it just some fake marriage*

However, for some reasons, I don't know why on Earth the 6th episode can be find NO WHERE!
It's like WTF! I thought its already being aired in Korea. I just need to watch that episode even without any subtitles.

I want to watch how jealous YongHwa is to see how well other CNBlue's members treat SeoHyun.
Please please please. I'm addicted to this fake couple. I freaking need to watch this till the end.


update(25/04/2010): yeay.at last i found it on thanhSH1's channel. it just being aired yesterday.being delayed due to some problems that happen in korea. enjoy watching it eventhough without subtitles.grrr~rasanya nak kena sambung balik lah belajar bahasa Korea yang tergendala masa masuk matriks dulu.DANG!

Saturday, April 24, 2010

pemalas

title macam nak buat pengakuan berani mati je. haha
sumpah aku tak tahu kenapa. tapi kalau bab delete mendelete ni aku memang fail

benda pertama yang aku malas nak sentuh option delete is message. Message dalam Inbox ade 486 sekarang. Kalau bukan sebab message full memang sampai bila-bila lah aku tak delete message.

benda kedua ialah email. Unread email sekarang adalah sebanyak 3879! Ramai betul fan yang hantar email. Satu pun tak terlayan. Ok. Tipu sangat. Email penuh dengan notification Facebook.
Lepas tu email merepek lain. Popular, friendster and etc.

Yang ni kira minor case lagi. Takde lah aku kesah sangat.
Kalau sampai tahap malas nak delete nama kaum adam dari hati tu kes bahaya.
Kalau kes macam tu kena rujuk pakar.


pstttt: ok.semalam ada kawan cakap aku paranoid.fikir-fikir balik aku rasa macam betul pulak apa dia cakap. tapi paranoid tu bukan ke salah satu cabang dari masalah mental? Macam dahsyat je. Tamau lah (^_^)

Friday, April 23, 2010

wah MUET!

esok ramai gila kawan-kawan aku yang nak pergi ambik MUET.
esok untuk Reading, Writing and Listening.

Ingat lagi masa aku amik MUET dulu. *ceit. padahal baru tahun lepas.
7th of November 2009. Which actually was my last day in KMPh.

Petang Jumaat tu aku busy ulang-alik pergi HEA untuk settlekan urusan berhenti. Malam tu lepas Maghrib je aku study kejap. Tgk nota-nota untuk writing. Lepas je belajar aku terus lapar. Bekalan makanan dalam bilik takde langsung sebab Sem 2 baru nak start. Berlari la aku pergi Mini Mart beli Meggi Cup Tom Yam sambil ditemani 'Jingli Nona'. *ok. exagerated. tak berlari. berjalan je. haha.

Sebab lapar sangat, aku tersalah bukak paste meggi tu, terkasar. Habis terpercik dekat katil ngan baju Hin. Kesian. Lepas aku dah kenyang pedal deligasi 'Gossip Girl' datang lepak kat bilik. Rekod video la. Amik gambar pelik-pelik. Semua kerjaan diorang la tu. Kitorang bergalak tak hengat. Nasib baik takde siapa marah kitorang bising.

Sebelum tidur nyanyi-nyanyi dulu ngan Wawi. Lepas tu Adilla terus nangis. Tutup muka ngan bantal. Haha. Aku saja je ajak Wawi nyanyi lagu 'Pergi' banyak-banyak kali. Pastu dengan aku skali tersedu-sedan.

Malam tu aku tidur pukul 4.00 pagi! MUET start pukul 8.00 pagi. 7.30 dah nak kena ada. Dalam pukul 6 aku dah bangun siap-siap sebab takut tak dapat bilik air favourite. Pukul 7.15 aku dah turun pergi Mini Mart sebab nak beli roti. Nak exam kena la makan dulu. Baru boleh berfikir. Tapi Mini Mart tutup lagi. Shit punya Mini Mart. Dah la jual barang mahal. Saman baru tau.

Dah sampai dewan baru aku perasan aku tertinggal botol air. Dang! Mana boleh hidup. Neuron otak ni macam pokok. Bagi air baru segar. Tak minum air layu la. Kawan-kawan aku yang dekat pintu masuk sama dengan aku semua tak bawak air. Aku tahan je.

Masa Reading, sumpah aku mengantuk gila. Dah la aku selsema teruk. Hidung dah jadi macam clown. Mata makin la nak tertutup. Tisu sepaket aku bawak habis. Aku tengok kanan Ahmad Zulhilmi Ali Affendi a.k.a Zul Jambu dah settle jawab. Siap angkat tangan keluar cepat. Huish hebat kau Zul. Padahal konon-konon nak tiru aku, tiba-tiba dia siap dulu. Apa cer kan?

Habis je paper reading perut aku dah buat Gig Hardcore. Aku cakap kat kawan aku. Semua takde makanan. Nak gi Mini Mart malas. takut tak sempat. Tiba-tiba ada sorang budak ni offer aku biskut dia. Phewitt. Aku grab terus la sambil cakap Terima Kasih. Padahal aku tak kenal pon budak tu. And sekarang aku dah lupa muka dia macam mana. Tak kenang budi kan?

Lepas makan biskut aku terus tawaf 180 darjah pergi cari air dari kawan aku. Paper writing kot. Kena la segar-segar. Lepas tu aku pergi mintak ehsan tisu dari kawan aku yang lain pulak. Memang daif sungguh aku masa tu.

Selesai writing aku dah rasa merdeka. Tinggal listening je kot. Senang je. Berlagak gila lah kan. Padahal tak dapat pon 45/45. haha. Lepas Listening aku dah happy tahap tak hengat la. Lepas je kertas aku kena kutip aku terus borak besar dengan Zul. Padahal kertas dia ada je atas meja lagi. Then ketua pengawas tiba-tiba buat pengunguman suruh berhenti bercakap. Ok. Rasanya ditujukan untuk kami. Terus kitorang pandang depan.

Lepas listening perut aku dah start buat konsert lagu tradisional pulak. Aku bajet nak pecut pergi Cafe terus tapi tak jadi sebab kitorang terpilih untuk jawab borang kaji selidik MUET.
Aku jawab semua memuaskan. Malas nak fikir panjang. Selesai jawab aku blah.
Pergi Cafe makanan dah habis. Mini Mart penuh manusia. WTF! Aku balik bilik dengan perut lapar. Ingat nak pergi Cafe A kat asrama lelaki. Tapi diorang taknak. Segan. Aku memang tak heran la kan. Dah nak bla. Last-last aku makan Yogurt dengan minum air je sampai la aku balik rumah.

aku dah mati.noktah!

Ok semua. Minta maaf untuk segala salah silap. Aku silap kat ramai orang dari tengah hari tadi. Awak, awak dan awak. Aku nak cakap Sorry! Aku cuba bahagiakan semua orang. Aku buat salah, aku minta maaf. Tapi tolong la jangan merajuk and touching dengan aku sekarang. Tolonglah faham yang emosi aku tak stabil sekarang. Aku simpan dalam-dalam. Tak nak nangis dah. Tapi kalau keliling pinggang nak merajuk ngan aku siapa boleh tahan. Korang nak aku meratap ke? Tolonglah bagi aku masa dan ruang. Sokongan dan dorongan kalau tak keberatan.

Mungkin kau, kau dan juga kau nampak aku masih bernyawa.Aku masih online Facebook, Twitter, Tumblr, YM dan segala mak nenek kejadah tu.Tapi kenyataannya aku dah MATI! Pagi tadi. Pukul berapa tak perlulah aku nyatakan secara specifik. Kau still nak tanya sebab apa aku mati? Sebab kau lah. Kau tak payah nak terkejut. Memang kau. Kalau kau macam blur dan macam tak faham apa-apa tu maknanya kau takde kaitan dalam hal ni. Kau diam. Kau fikir sejenak. Kalau kau rasa menyampah berhenti baca dan abaikan. Senang kan.

Aku saja mengada-ngada private blog kejap. Sebab saja nak memberontak. Tak ada kaitan langsung dengan kes blackmail ok?:)

Tak percaya lagi aku dah mati? Nak bukti? Hah. Hambik tengok gambar ni.

Thursday, April 22, 2010

kau hot?

Trend Sekarang

kau akan nampak sangat superb bila:
1) kau pegang sebijik DSLR
2) kau pakai crocs
3) kau genggam Blackberry


kau ada tiga-tiga tu gerenti bila kau jalan ada je yang kerling

untuk tambah sikit spice, kau jalan dengan segerombolan manusia lain yang ada jugak list-list di atas.


kalau kau kaum adam yang mempunyai ciri-ciri di atas
percaya lah mesti ada punya segerombolan manusia kaum hawa tipikal yang pernah berbisik sesama mereka macam ni,
"Hot shial mamat-mamat tu"

Tambah plak if dalam kelompok korang tu ada terselit muka-muka jambu.
Itu akan menambah baik kan image korang-korang termasuk yang tak jambu langsung

Tapi bukan semua kaum hawa tipikal ok?!
So even korang dah complete 'ciri-ciri' hot di atas and korang still kena reject
maknanya gadis yang mereject korang tu antara kaum hawa rasional dan bukan sekadar tipikal.
Hooray to her!

Ini la yang aku nampak masa bertawaf dan bertapa tunggu kawan-kawan aku sampai kat ECM dua minggu lepas

*I observe, I interpret, I write*