Monday, September 27, 2010

hujan

Terima kasih Elfira sebab teman saya mandi hujan. Esok paper psycho. Harap-harap semua okay. Tolong hujan lagi malam esok :)

Monday, September 13, 2010

Selamat jalan

Tak pernah rasa sebak macam ni. Raya ke-3 dah kena gerak dari Kuantan. Hanya akan kembali lagi dua atau tiga minggu iaitu selepas final. Pulang berbekalkan air mata, sapu tangan Batrisya, ciuman dan doa mak ayah serta keyakinan semua orang untuk aku menghadapi final :')


*credit goes to unknown*

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya

Maaf zahir dan batin kepada semua


I try to text everyone. To those who didn't receive any, that mean i don't have their number, or maybe too many numbers that I just not sure which one in use :)

Wednesday, September 8, 2010

sekarang tidak lagi

Mungkin dulu saya yang mula mesej awak
Mungkin dulu saya ambil berat pasal awak
Mungkin dulu saya tak pandai nak marah awak
Mungkin dulu saya cuba mencari masa dengan awak
Mungkin dulu saya hanya tahu katakan ya kepada awak
Mungkin dulu saya sentiasa mencipta memori bersama awak

Semua tu sebab

Dulu saya sayangkan awak
Dan ya
Dulu saya cintakan awak

Tapi itu semua DULU

Dalam awak tak sedar, air mata saya paling banyak tumpah untuk awak.
Air mata sedih bila awak langsung tak pedulikan perasaan saya.
Air mata kecewa bila sikit pun saya tak dapat lupakan awak.
Tapi saya tak rasa air mata gembira pernah tumpah untuk awak.
Dan itulah yang membuatkan saya yakin yang saya harus berhenti mengharap.
Selamat jalan. Terima kasih untuk segalanya.

Tuesday, September 7, 2010

Perjalanan


It feels so great to be back at home.
Rumah itu aku ibaratkan bagai syurga dunia.
Tempat diri dicorakkan.
Saat dunia remaja kacau bilau, rumahlah menjadi tempat perlindungan paling sempurna.

(Terima kasih semua. Elfira dan Azfar sebab tolong hantar ke stesen bus. Fred yang teman makan dan tolong jaga beg. Imran sebab teman dalam bus. Kawan-kawan yang membantu membuatkan waktu menunggu bas terasa pendek. Kak Lang yang rajin drive balik Kuantan)

Akhirnya


Dapat jugak pegang Batrisya.
Dapat cium dan cubit pipi dia.
Budak masam kesayangan Tia.
I will only speak English with you sweetheart.

Sunday, September 5, 2010

Lebih baik jangan

Jangan cerita apa-apa dekat siapa-siapa
Pendam dan simpan dalam hati
Biar sampai mati merana

Friday, September 3, 2010

Pastikan datang

Jangan terlalu kau memburu
Takkan lari yang dikau cari
Akan pasti saat yang dinanti


Saat diri hampir putus asa, lagu ni pasti terngiang-ngiang :)

Thursday, September 2, 2010

caci maki


owh serious hati rasa panas melihat semua itu
saya harus berhenti sebelum semua jadi parah
anda harus pergi sama macam dia
selamat jalan dan jangan nak toleh-toleh lagi
biar anda lesap dalam kelam
maaf dan terima kasih

Wednesday, September 1, 2010

Proverb



For yesterday is but a dream,
And tomorrow is only a vision;
But today well lived
Makes yesterday a dream of happiness,
And every tomorrow a vision of hope.

(Sanskrit)