Monday, March 1, 2010

kau mengekori ku

sumpah
aku tak tipu

nama kau
ada di mana-mana

nama kau
ada dalam nama semua orang

nama kau
turut di miliki oleh orang yang tak aku kenal

nama kau
juga pernah aku dengar sebelum ini

tapi mengapa baru kini
satu pangkal nama itu memberi satu impak yang hebat

kenapa baru kini
aku kata nama itu indah

dan kenapa baru kini
aku ingin pemilik nama itu menjadi milik aku

kembali ke realiti
aku sedar
kau bukan milik aku
dan tak akan pernah menjadi milik aku
kerana hati kau
hanya untuk dia


psttt:alangkah indah sekiranya aku dapat pejam mata dan biar jiwa yang bersuara bak kata fynn jamal

No comments: