Wednesday, April 21, 2010

Warkah Buat Bonda

Bonda,
sesungguhnya permintaanku ini bukan la maha dahsyat.
anakanda sekadar ingin ke Kuala Lumpur dan menginap di rumah Anjang untuk beberapa malam.
Itupon di atas permintaan Anjang sendiri. Eyh Anjang tak cakap apa-apa pon lagi. Tapi anak-anak nyet tu, silap, adik-adik saudara tercinta tu yang mintak pergi.

Bonda,
walaupon event tu di namakan sebagai konsert, tapi ia merupakan Event TM, lagi sekali ulang, Event TM! Telekom Malaysia sahaja bonda. Dalam mall pulak tu. Tak gempak pon bonda. Bukannya anakanda mintak nak pergi World Stage pon. Dulu ada orang ajak anakanda pergi Summer Splash, awal-awal lagi anakanda tolak. Memang dalam mimpi la bonda nak bagi lesen pergi Summer Splash. kan bonda?


Bonda,
Untuk pengetahuan bonda, pada 25 Julai 2009 iaitu tahun lepas, ada satu event ni nama Kuantan Jamm Fest kat Stadium Darul Makmur. Aliam dapat ticket free tau bonda. Dia tak boleh pergi. Bajet nak bagi anakanda la. Tapi disebabkan pada hari yang sama kita nak ke Bentong, terpaksa la TIKET FREE tu direject bonda. Walaupon ticket tu chekai murah je harga dia. Tapikan bonda, Aliam cakap ticket tu Sam Bunkface bagi. DANG! Dah la kat event tu ada Bunkface, Komplot, The Times, Grey Sky Morning. Pastu Monopose pon ade. The Sircurse tak cakap lagi. Lucky Munky pon ada!!!! Tapi masa tu anakanda redha je bonda. Serious redha gila walaupun hati pecah berderai.

Bonda,
walaubagaimanapon, anakanda hargai kebenaran yang dah bonda berikan masa anakanda mintak pergi I AM LACED GIG TOUR by Converse dekat TC tahun lepas. Dan masa bonda bagi anakanda pergi tengok kawan anakanda, Syauqi and band dia, GatDem perform kat Plaza.
Anakanda masih waras dalam berfikir bonda. Masa ada Gig kat Swing(sekarang dah tukar nama jadi Platinum) anakanda tak terlintas pon nak pergi sebab mende tu dalam club. See betapa rasionalnya anakanda. Kan?

Tapi bonda, kali ni anakanda betul-betul berharap dapat pergi tengok Tokio Hotel. Tolong la bonda bagi permission. Memang la anakanda bukanlah follower Tokio Hotel yang fanatik. Tp FREE TICKET bonda! FREE TICKET!!!!!
Tolong lah bagi anakanda dengar diorang nyanyi lagu World Behind My Wall secara LIVE!


Anakandamu yang menyayangimu,
NHO

*memang dalam mimpi la mak aku nak baca mende ni*

No comments: