Thursday, June 3, 2010

g a g a l

Bercakap pasal kegagalan, mungkin aku lah antara manusia yang dah kali berhadapan dengan situasi tu. Kegagalan pertama aku ialah UPSR. Rasa bodoh sangat sebab dapat 4A 1B je sedangkan kawan-kawan lain dapat 5A. Masa tu moto hidup terus tukar.

"Sekali gagal, gagal untuk selamanya"

Masa tu tak matang lagi. Sedikit bangang dan belum mengenali kegagalan. Tapi masa Form 3 dah ganti balik kegagalan tu dengan 8A. So, kejayaan sementara tu dah berjaya mengkonklusikan bahawa moto di atas adalah tidak benar sama sekali.

Pepatah purba kala kata hidup ni macam roda, kadang kala di atas dan kadang kala di bawah. Alah sama jugak macam putaran bumi. 12 jam malam dan 12 jam siang. Bukan 24 jam kita akan disimbahi cahaya matahari pun. Teori yang sama berkait rapat juga dengan hidup kita.

Terlalu banyak kegagalan aku dah jumpa. Dalam family aku dah kelaskan diri aku sendiri di ranking paling bawah. Tapi sebab dah biasa dengan kegagalan henyakkan impak dia dah berkurang. Dah tak gagah macam dulu. Tapi sebalik daripada kegagalan yang banyak tu, aku jadi lebih sedia dengan kegagalan. Kalau nak buat hipotesis berdasarkan Social Psychology, aku ni ibarat negative correlative method. Semakin banyak kegagalan, semakin kurang impaknya ke atas aku. Kegagalan mampu bantu menganjakkan diri kita lebih kehadapan kalau kita jadikan dia pemangkin kejayaan. Semua terpulang pada minda untuk menjana pemikiran ke arah positif atau sebaliknya.

Dalam hidup kalau tak banyak pun, mesti akan ada gagal sekali. Tapi harap-harap kegagalan tu dapat dinyahkan dari hidup aku. Kalau kegagalan tu mampu diserahkan pada orang lain, akan aku amanatkan kegagalan itu untuk mengekori Israel. Biar gagal segala rancangan hina mereka.



pssttt: mungkin kali ni awak gagal, tapi saya tetap sayang awak. satu kegagalan tu tak mampu meluputkan memori tentang kejayaan-kejayaan awak. saya tau awak mampu, cuma kali ni nasib baik bukan di pihak awak. bangkit semula. kejayaan mungkin ada beberapa tapak je lagi di hadapan awak. teruskan mencari, kejayaan tak akan lari :)

3 comments:

Ayek said...

Kegagalan adalah satu langkah dlm mematangkan sesorang dalam membuat keputusan sendiri, ia juga merupakan liku² perjalanan hidup. Tidak semestinya kita gagal sekali akan terus gagal selamanya..Jadikan ia sebagai pengalaman manis mencorak keperibadian yang akan membuatkan diri semakin tabah dalam mengharungi perjalanan hidup. Percayalah bahawa ini semua adalah permulaan dan Insyallah lebih besar lagi kejayaan akan menanti kelak dimasa akan datang....

nurul husniyah said...

dier yg t'baek dlm family kter walo mcm mne pown..

Nur Hanisah said...

abang ayek. wah panjangnya. hehe

niya faham ek? bagus!