Shit. Aku baru tinggal Kuantan x sampai setengah tahun tapi banyak benda dah berubah. Dah la perubahan yang buat aku rasa benci. Dulu Kuantan akan jam hari Jumaat dan waktu orang balik kerja je. Tak pun bila ada event besar macam JomHeboh, Gempak Selebriti Astro and Fiesta Media Idola. Aku kurang sikit event macam tu. Sebab ramai manusia yang entah dari ceruk mana akan keluar. Maaf~
Tapi sekarang, F! Bila-bila masa pon boleh jam. Kalau dulu, dari rumah aku nak ke bandar kurang dari sepuluh minit dah sampai. Dalam lima belas minit aku dah boleh merayau dah dalam mall tu. Sekarang macam tuttttt! Kenapa kapasiti penduduk Kuantan makin ramai?! Tension!
Tadi nak sampai ECM ambik masa 30 minit ok? Dengan cari parking. Bapak la. Parking penuh! Full! Kat Malay Town kereta dah beratur berebut parking. Parking ECM pun full kot! Basement tinggal 6 petak je kosong. Third and fourth floor memang fully loaded. Cun-cun aku masuk sebijik Hilux nak keluar. Comel! Berkurun tunggu tetiba ada sebijik kereta lain nak masuk. Itu mmg F! Parking war la. And we won. Thank god.
Line nak beli tiket kat GSC pon panjang gila! Movie aku nak tengok pukul 4.05 ptg. 4.15 aku still tgh beratur. But lucky us, ticket is still available. So makbul la hajat aku nak tengok 'When In Rome'. Josh Duhamell hot!
Kenapa aku pergi ke ECM instead of Megamall. Dulu aku selalu lepak Mega. Tapi sekarang Mega dah jadi macam Kuantan Parade. Terlampau banyak POSER! Kau bajet bila kau pakai skinny macam-macam warna dengan shirt tulis nama band or jacket kulit kau dah cukup indie ke? Tolonglah. Kalau kau memang layan indie aku boleh terima. Tapi sekali aku tengok pon aku tau yang korang takde soul langsung! *ok.apehal aku nak bahan orang yang aku tak kenal?*
Lepas tu, dekat traffic light, dah hijau bukan nak gerak terus. Seminit berlalu baru la terkedek-kedek nak masuk gear drive. WTF! Bajet traffic light tu tunggu kau? Tak la wey. Gerak pantas boleh tak?!
psttt: Ayah saya sangat kacak dan baik. Dia bagi duit masa nak keluar tadi. Ayah pemurah. Saya bahagia sangat bila tengok ayah suka makan Carrot Cake yang saya beli tadi. Esok bawak ayah pulak berjalan ok? Kalau sempat kita pergi tengok Iron Man 2. Ayah kata nak tengok kan tadi? I love you.
No comments:
Post a Comment