Friday, April 23, 2010

wah MUET!

esok ramai gila kawan-kawan aku yang nak pergi ambik MUET.
esok untuk Reading, Writing and Listening.

Ingat lagi masa aku amik MUET dulu. *ceit. padahal baru tahun lepas.
7th of November 2009. Which actually was my last day in KMPh.

Petang Jumaat tu aku busy ulang-alik pergi HEA untuk settlekan urusan berhenti. Malam tu lepas Maghrib je aku study kejap. Tgk nota-nota untuk writing. Lepas je belajar aku terus lapar. Bekalan makanan dalam bilik takde langsung sebab Sem 2 baru nak start. Berlari la aku pergi Mini Mart beli Meggi Cup Tom Yam sambil ditemani 'Jingli Nona'. *ok. exagerated. tak berlari. berjalan je. haha.

Sebab lapar sangat, aku tersalah bukak paste meggi tu, terkasar. Habis terpercik dekat katil ngan baju Hin. Kesian. Lepas aku dah kenyang pedal deligasi 'Gossip Girl' datang lepak kat bilik. Rekod video la. Amik gambar pelik-pelik. Semua kerjaan diorang la tu. Kitorang bergalak tak hengat. Nasib baik takde siapa marah kitorang bising.

Sebelum tidur nyanyi-nyanyi dulu ngan Wawi. Lepas tu Adilla terus nangis. Tutup muka ngan bantal. Haha. Aku saja je ajak Wawi nyanyi lagu 'Pergi' banyak-banyak kali. Pastu dengan aku skali tersedu-sedan.

Malam tu aku tidur pukul 4.00 pagi! MUET start pukul 8.00 pagi. 7.30 dah nak kena ada. Dalam pukul 6 aku dah bangun siap-siap sebab takut tak dapat bilik air favourite. Pukul 7.15 aku dah turun pergi Mini Mart sebab nak beli roti. Nak exam kena la makan dulu. Baru boleh berfikir. Tapi Mini Mart tutup lagi. Shit punya Mini Mart. Dah la jual barang mahal. Saman baru tau.

Dah sampai dewan baru aku perasan aku tertinggal botol air. Dang! Mana boleh hidup. Neuron otak ni macam pokok. Bagi air baru segar. Tak minum air layu la. Kawan-kawan aku yang dekat pintu masuk sama dengan aku semua tak bawak air. Aku tahan je.

Masa Reading, sumpah aku mengantuk gila. Dah la aku selsema teruk. Hidung dah jadi macam clown. Mata makin la nak tertutup. Tisu sepaket aku bawak habis. Aku tengok kanan Ahmad Zulhilmi Ali Affendi a.k.a Zul Jambu dah settle jawab. Siap angkat tangan keluar cepat. Huish hebat kau Zul. Padahal konon-konon nak tiru aku, tiba-tiba dia siap dulu. Apa cer kan?

Habis je paper reading perut aku dah buat Gig Hardcore. Aku cakap kat kawan aku. Semua takde makanan. Nak gi Mini Mart malas. takut tak sempat. Tiba-tiba ada sorang budak ni offer aku biskut dia. Phewitt. Aku grab terus la sambil cakap Terima Kasih. Padahal aku tak kenal pon budak tu. And sekarang aku dah lupa muka dia macam mana. Tak kenang budi kan?

Lepas makan biskut aku terus tawaf 180 darjah pergi cari air dari kawan aku. Paper writing kot. Kena la segar-segar. Lepas tu aku pergi mintak ehsan tisu dari kawan aku yang lain pulak. Memang daif sungguh aku masa tu.

Selesai writing aku dah rasa merdeka. Tinggal listening je kot. Senang je. Berlagak gila lah kan. Padahal tak dapat pon 45/45. haha. Lepas Listening aku dah happy tahap tak hengat la. Lepas je kertas aku kena kutip aku terus borak besar dengan Zul. Padahal kertas dia ada je atas meja lagi. Then ketua pengawas tiba-tiba buat pengunguman suruh berhenti bercakap. Ok. Rasanya ditujukan untuk kami. Terus kitorang pandang depan.

Lepas listening perut aku dah start buat konsert lagu tradisional pulak. Aku bajet nak pecut pergi Cafe terus tapi tak jadi sebab kitorang terpilih untuk jawab borang kaji selidik MUET.
Aku jawab semua memuaskan. Malas nak fikir panjang. Selesai jawab aku blah.
Pergi Cafe makanan dah habis. Mini Mart penuh manusia. WTF! Aku balik bilik dengan perut lapar. Ingat nak pergi Cafe A kat asrama lelaki. Tapi diorang taknak. Segan. Aku memang tak heran la kan. Dah nak bla. Last-last aku makan Yogurt dengan minum air je sampai la aku balik rumah.

2 comments:

j2h said...

panjang nye ko punya adventure lol. speaking test tanak ciiter?

Nur Hanisah said...

haha. comfirm kau tak baca sampai abis kan?
tu banyak merapu je.
nak dgr ke pasal speaking test?
menganjing kan kau.haha